fbpx
Nasional

Conteng mural: MBSA buat laporan polis

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membuat satu laporan polis untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu yang telah menconteng lukisan mural pemimpin-pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

MBSA dalam kenyataannya berkata, langkah segera untuk mengecar semula dinding terseut dengan cat berwarna putih juga telah dilakukan.

Dinding mural yang telah ditutup dan dicat semula oleh MBSA. -Sumber gambar

“MBSA memandang serius terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan vandalisma dengan menconteng lukisan mural di kawasan komersial tersebut.

BACA> Kami dah jangka mural ini akan diconteng – Pelukis

“Tindakan vandalisma ini sangat dikesali kerana mural tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan dan sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang bekerja keras dan komited untuk menangani wabak Covid-19,” katanya.

Mural pemimpin yang telah dicat semula oleh pihak MBSA. – Sumber gambar

Menurut kenyataan itu, MBSA akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan vandalisma di tempat-tempat awam dan tindakan boleh diambil di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisma (MBSA) 2005.


BACA> MBSA pasang CCTV pantau mural Agong, pemimpin negara diconteng – Ahmad Maslan

Tambahnya, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti mural di tempat awam di kawasan pentadbiran MBSA dinasihatkan untuk bertemu mereka terlebih dahulu. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button