NegeriRencah Hidup

Rakyat perlu bersyukur dapat kekal hidup bersatu padu – Raja Muda

RAKYAT perlu sentiasa bersyukur kerana sehingga kini masih kekal hidup bersatu padu dan harmoni sekalipun terdapat perbezaan budaya, agama dan keturunan.

Sehubungan itu, segala cabaran dan dugaan diharungi dan dihadapi dengan bersama.

Adalah diharapkan agar keharmonian dan perpaduan yang dibina dan dinikmati bersama di negara ini akan kekal buat selama-lamanya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan bantuan MAIPs kepada salah seorang asnaf pada Program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Al-A’la, Behor Temak, dekat Kangar baru-baru ini.

Pada masa yang sama, elakkan dari menyalahgunakan kecanggihan teknologi untuk menyebar kebencian serta permusuhan yang mampu memecah belahkan masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri Program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Al-A’la, Behor Temak, dekat Kangar baru-baru ini.

Mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Seramai 20 asnaf terpilih menerima sumbangan MAIPs berjumlah RM700 setiap seorang daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan jumlah penuh pada program kali ini sebanyak RM14,000.

Terdahulu itu, Pengarah SW Corp Negeri Perlis, Shamsuharizal Basir menyampaikan sesi taklimat dengan topik ‘Amalan kebersihan dan pembudayaan kitar semula dengan mengfokuskan rakyat Perlis yang bermentaliti kelas pertama dalam aspek kebersihan pada setiap masa’. – SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button