Nasionalpilihan

Senarai nama mangsa nahas tragedi helikopter di Lumut

Tentera Laut Diraja Malaysia telah mendedahkan identiti 10 anak kapal yang terkorban dalam kemalangan antara dua helikopter di Lumut, Perak, pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, tentera laut berkata tujuh anak kapal di dalam HOM (M503-3) ialah:

  • Firdaus Ramli
  • Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
  • Amirulfaris Marzukhi
  • Faisol Tamadun
  • Norfarahimi Saedy
  • Noor Rahiza Anuwar
  • Joanna Felicia Rohna

Mangsa yang didalam helikopter Fennec pula ialah:

  • Amir Mohamad
  • T Sivasutan
  • Shahrizan Termizi

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berpangkalan di pangkalan tentera laut Lumut dan Kota Kinabalu.

“Tentera Laut telah memaklumkan kepada keluarga mangsa. Butiran penuh mengenai mangsa akan dikeluarkan melalui kenyataan media nanti,” kata Yusri pada sidang media di pangkalan tentera laut Lumut.

“Mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tentera Lumut, tetapi bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh,” katanya.

Tambahnya, siasatan akan melibatkan dua tapak utama iaitu stadium pangkalan tentera laut dan kolam renang di kompleks sukan pangkalan itu.

Terdahulu, pihak bomba dan penyelamat Perak mengesahkan 10 mangsa maut di tempat kejadian.

Video 21 saat kejadian yang tular di media sosial menunjukkan sebuah helikopter merempuh ekor sebuah lagi di udara, dan kedua-duanya terhempas selepas itu. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button