Nasionalpilihan

Mayat wanita disyaki mangsa bunuh ditemukan tidak berpakaian

BAU busuk dari dalam sebuah kedai makan akhirnya membawa kepada penemuan mayat wanita disyaki warga Indonesia berusia lingkungan awal 50an di Bandar Rinching, Semenyih hari ini.

Polis telah menerima maklumat berkaitan bau busuk itu daripada orang ramai kira-kira pukul 7.33 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Mayat wanita itu kemudian ditemukan selepas pintu besi kedai makan tersebut dibuka dengan dengan dibantu oleh pihah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mayat itu ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimut dengan kain.

“Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kali terakhir mangsa dilihat adalah pada 25 September lalu ketika berniaga di kedai makan tersebut.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, mayat kemudian telah dihantar ke Bahagian Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung dengan kejadian ini diharap dapat tampil membantu pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintenden Mohd Faizal di talian 011-33319871. -SM

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button