pilihanPolitik

Gerakan akan turun padang pastikan kemenangan calon PN

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan membantu kempen Perikatan Nasional (PN) di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu walaupun calon mereka tidak terpilih.
Gerakan berkata, mereka akan menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRK yanga akan berlangsung pada 11 Mei ini.
Parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
“Semoga PRK KKB ini menjadi kemenangan buat PN dan pada 11 Mei depan akan menjadi sebuah referendum rakyat kepada Kerajaan Madani,” kata Gerakan melalui kenyataan di Facebook.
Walaupun Gerakan akan mengemukakan calon mereka, namun PN memilih untuk menamakan Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon mereka bagi PRK DUN KKB.

Khairul Azhari, 54, yang juga anak tempatan merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.
Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Khairul Azhari yang telah dinamakan sebagai calon PN bagi DUN tersebut.
Kata Dominic, PRK tersebut penting bagi parti berkenaan dan mengharapkan kemenangan yang besar nanti.
“Semalam, telah berlangsungnya Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional PRK Kuala Kubu Baharu di Bilik Gerakan Oasis Seksyen 4 Batang Kali.
“Ramai pemimpin PN dan penduduk setempat hadir pada malam semalam. Ini adalah PRK yang amat penting bagi PN. Semoga PN dapat kemenangan yang besar pada 11 Mei nanti,” jelasnya. – SM
(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button