Berita

Wanita perlu mampu tingkat kesejahteraan diri – Raja Puan Muda Perlis

Golongan wanita harus berkeupayaan menjaga dan meningkatkan kesejahteraan hidup masing-masing yang merangkumi kestabilan emosi, kesihatan mental, kerohanian dan keperibadian positif.

Pada masa yang sama memupuk kesaksamaan di mana wanita mempunyai keupayaan untuk mendapat manfaat yang adil dari aspek keperluan berbanding kesamarataan yang tidak bersifat substantif.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan berangkat meraikan delegasi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau nama lainnya iaitu W.I. Negeri Kelantan seramai 32 orang dalam satu Majlis Santapan Malam di salah sebuah restoran di Kuala Perlis.

Delegasi tersebut diketuai oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Datuk Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ketika di negeri ini sempena kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 mereka juga melawat Taman Mempelam Harumanis Perlis di Bukit Bintang, Taman Buah-Buahan Eksotik Sg Batu Pahat, Taman Rimba Herba Bukit Ayer, Kompleks Dewan Undangan Negeri Kangar, membeli belah di Arked Niaga Padang Besar, menjamu selera di salah sebuah restoran ikan bakar di Kuala Perlis serta Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button