Nasionalpilihan

Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa

Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan berkata, keputusan mahkamah rayuan untuk menolak rayuan Stampa dan mengesahkan hukuman penjara enam bulan serta larangan satu tahun daripada menjalankan tugas sebagai penimbang tara itu, telah dimaklumkan pada hari Jumaat lepas.
“Dalam penghakimannya Mahkamah Rayuan Madrid mengesahkan bahawa Stampa dengan sedar dan sengaja mengingkari keputusan serta perintah jelas Mahkamah Tinggi Madrid yang yang diputuskan susulan pembatalan pelantikannya sebagai penimbang tara.
“Mahkamah Rayuan Madrid kini menolak rayuan Stampa dan telah mengesahkan bahawa Stampa mempunyai kewajipan untuk mematuhi keputusan dan perintah Mahkamah Tinggi Madrid, tanpa mengira pendapat dia mengenainya, atau sebarang perkembangan dalam timbang tara yang dia secara tidak sah terus mempengerusikannya walaupun selepas pembatalan, dengan kesan retroaktif terhadap pelantikannya dan anugerah separa mengenai bidang kuasa yang telah dikeluarkannya,” katanya.
Pada Disember 2021, selepas pemindahan prosiding timbang tara dari Sepanyol ke Perancis yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Malaysia yang mempunyai keyakinan penuh dan tidak berbelah bagi terhadap sistem keadilan Sepanyol, telah memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau telah menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya untuk membeli forum di negara lain.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button