Nasionalpilihan

Jangan ambil mudah walaupun Malaysia negara aman – Ahmad Zahid

SEMUA pihak di negara ini tidak boleh diambil mudah akan isu-isu keselamatan walaupun negara berada dalam keadaan aman, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis adalah bukti bahawa elemen keganasan perlu sentiasa diawasi
Beliau berkata sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu berusaha keras menghalang kejadian mengejutkan itu daripada berulang.
Bagaimanapun katanya beliau yakin Malaysia adalah antara negara paling aman dari unsur keganasan berdasarkan indeks keamanan.
“Malaysia adalah negara contoh, dasar deradikalisasi Malaysia telah diterima di dunia. (Jadi) Saya rasakan tak sepatutnya negara kita hadapi permasalahan dari segi keganasan….
“Negara kita harus bebas dari keganasan, kita harus jamin keharmonian pelbagai kaum, pelbagai agama. Apa berlaku di Ulu Tiram, tindakan pantas polis amat dialu-alukan dan kita mahu hapuskan 100 peratus pengaruh terrorism atau keganasan di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Loji Janakuasa Biogas 5.5 Megawatt Felcra Japutra Sdn Bhd – Cenergi SEA Berhad (Cenergi) di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button