Berita

Apa yang terjadi kepada PM Ismail Sabri, pernah berlaku kepada Muhyiddin sebagai TPM

1. Apa yang berlaku di Dubai, UAE kepada Perdana Menteri DS Ismail Sabri pernah berlaku di Rome, Italy pada tahun 2009.

2. PM DS Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia telah tidak mendapat sambutan sebagai Ketua Negara, apabila berlaku komunikasi break-down antara Pejabat PM, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di UAE.

Tidak ada sambutan carpet merah. Tidak ada Polis Out-Ridder. PM kena buat passport clearance sendiri.

3. Kedutaan Malaysia di UAE, tidak benar-benar bersedia untuk menerima ketibaan Perdana Menteri di Dubai.

Kemungkinan ada yang beranggapan ini merupakan lawatan peribadi (private visit), ke EXPO DUBAI 2022 bukannya Lawatan Rasmi oleh Perdana Menteri sesebuah Negara.

4. Apa yang berlaku kpd. PM DSIS, turut berlaku kpd. TPM TS Muhyiddin Yassin pada bulan Jun 2009 ketika TPM menghadiri FOA Conferance (Food and Agriculture Organisation of the United Nations) di Rome Italy pada 22 hingga 29 Jun 2009.

5. Kisahnya bermula pada malam 20hb. Jun 2009.

Pada malam tersebut rombongan Tan Sri Noh Omar dan Kementerian Pertanian & Asas Tani serta pegawai-pegawai kanan Kementerian akan menaiki pesawat M’sian Airline (MAS) dari KLIA terus ke Rome, Italy (direct flight).

Manakala pada malam yang sama, TPM TS Muhyiddin, Puan Sri dan rombongan juga akan ke Rome, Italy untuk menghadiri Persidangan yang sama.

TPM pada awalnya akan menaiki pesawat Kerajaan Malaysia (Government private jet) telah mengubah fikiran, sebaliknya menaiki pesawat MAS ke Heathrow Airport, London. Transit dan dari London ke Rome, Italy dengan penerbangan domestik.

6. FAO Conferance 2009 merupakan satu Persidangan yang di adakan 2 tahun sekali, yang di anggotai oleh 176 negara dari seluruh dunia dan satu Kesatuan Eropah (European Union).

FAO HQ terletak di Selatan Timur bandar Rome, Italy di Aventine Hill. Satu permandangan yang indah, over looking Baths of Caracalla dan the Circus Maximus.

FOA Conferance bertujuan untuk membincangkan mengenai Food Security Dunia, membendung kelaparan dunia (eliminating hunger), improving nutrition and increasing agricultral productivity.

Badan tertua UN ini, (oldest permanent specialist agency under UN) FOA telah di tubuhkan pada Oktober tahun 1945.

Persidangan kali ini di hadiri oleh The Pope dan juga Presiden Ghadafi dari Libya.

Negara-negara lain di wakili oleh Perdana Menteri, TPM atau Menteri Pertanian masing-masing.

Malaysia di wakili oleh TPM TS Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Noh Omar selaku Menteri Pertanian. TS Muhyiddin akan menyampaikan ucapan utama Negara di Persidangan tersebut.

7. Setelah sampai di Lapangan Terbang Fiumicino Rome, Italy, kita pun ke Hotel di Rome, check-in dan bertolak semula ke Airport untuk menerima dan menyambut ketibaan TPM TS Muhyiddin dan Puan Sri ke Rome, Italy, di jangka pada pukul 10.30 pagi.

Pagi tersebut, saya lihat selain daripada Tan Sri Noh, TKSU MOA Datuk Hashim (sekarang Tan Sri), Duta Malaysia ke Italy, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Pegawai Kedutaan Malaysia di Rome serta Wartawan-wartawan dari Malaysia termasuk dari TV3.

8. Rome Airport adalah Airport ke 8 tersibuk di Eropah. Mereka handle 10 juta penumpang setiap tahun sebelum Pandemik Covid.

Arrival TPM jam 10.30 pagi waktu Italy.

Sampai di Airport Rome, saya jumpa Pegawai Kedutaan Malaysia di Rome. Saya kata please check dengan Control Tower betul-betul samada TPM akan sampai di Gate 33 ataupun akan ada pertukaran saat-saat akhir.

Pegawai Kedutaan jawab, Don’t worry. All taken care. Semua sudah di atur.

Arrival di Gate 33. Kami tunggu di Gate 33.

9. Nak jadikan cerita dan drama. Flight TPM terawal 15 minit.

Gate 33 belum bersedia. Pesawat TPM di alih ketibaannya ke Gate 13. Nun jauh disebelah timur airport. Menteri, Duta, TKSU dan lain-lain berlari ke Gate 13. Wartawan TV 3 dan media bergegas cari kenderaan untuk ke Gate 13.

10. By the time sampai di Gate 13, lewat 20 minit. TPM sudah turun dari pesawat dan sedang menunggu beg beliau dan Puan Sri di tempat menunggu beg. TPM angkat sendiri beg dia dan letak dalam troley.

TPM amat marah di atas kurang cekapnya pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia termasuk Duta Malaysia ke Italy.

Perkara yang mudah jadi payah. Langsung tidak ada perancangan sekiranya sesuatu luar jangka berlaku.

11. Sepulang dari Rome, Italy, TPM Tan Sri Muhyiddin bangkitkan perkara ini di Mesyuarat Kabinet.

Kabinet buat keputusan menegur Duta Malaysia di Italy dan Wisma Putra agar perkara seupama ini tidak berulang lagi.

Kedutaan dan Wisma Putra bukan sahaja perlu bersiap sedia dengan teratur tetapi perlu ada perancangan-perancangan luar jangka.

*PERSOALAN-NYA.*

12. Persoalannya, tidak kiralah samada PM DS Ismail Sabri mempunyai Full Guest State Status (Lawatan Rasmi Ketua Negara) ataupun Limited Guest Status, iaitu lawatan biasa oleh Ketua Negara.

Wisma Putra, Duta Malaysia ke UAE serta Konsul General ke Dubai perlu mempunyai check-list protokol untuk menerima kedatangan Perdana Menteri.

13. Saya di maklumkan, ketika ini lebih daripada 25 Kedutaan Malaysia belum lagi di isi Duta-Duta Malaysia yang baru.

Berlaku kekosongan di United Kingdom, Arab Saudi, Indonesia, Switzerland, Tokyo, Jepun dan lain-lain tempat yang penting untuk Negara.

Di Tokyo sudah 6 bulan kosong.

14. Persoalannya, di mana salahnya ?

Adakah salah Menteri ?
Adakah salah Kementerian Luar Negeri ?
Atau salah Kementerian Kewangan yang tidak memberi peruntukan yang cukup kepada Wisma Putra ?

15. Apa pun, Duta Malaysia ke UAE, Konsul General Malaysia ke Dubai dan Wisma Putra perlu ambil tanggung-jawab di atas kesilapan ini.

They must be accountable.
They must take full responsibility.

Dan perbaiki kesalahan serta kesilapan ini di masa akan datang.

Tidak perlu salahkan Perdana Menteri atas tindakan ini. Ini bukan tindakan daripada Perdana Menteri.

*PAHANG DISASTER.*

16. Mengambil kata-kata bekas Duta Malaysia ke Oman, *” _This is A Pahang Disaster. PM from Pahang. Minister from Pahang and KSU also from Pahang._ “*

*LESSONS LEARNED.*
*KITA BELAJAR DARI KESILAPAN, UNTUK JADI LEBIH BAIK DI MASA HADAPAN.*

Sekian.

(Visited 2,719 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button