Pendidikan

Raja Muda Perlis berkenan hadir sambutan Aidilfitri KUIPs

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi tahun 2024 di Dataran Pelajar, KUIPs, Kampus Kuala Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda yang juga merangkap Canselor KUIPs diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut olek Rektor KUIPs, Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti KUIPs, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak KUIPs pada setiap tahun bagi meraikan dan mengeratkan silaturahim antara pihak Pengurusan Tertinggi KUIPs, staf dan pelajar.

Muhamad Rozaimi dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, majlis ini turut bertujuan untuk mengeratkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan sesama kita dan organisasi sama ada dari dalam mahupun dari luar KUIPs.

“Berbeza pendapat adalah lumrah dan harus dimanfaatkan menjadi percambahan idea dan ilmu untuk menghasilkan keputusan yang terbaik dan memberikan kemaslahatan kepada masyarakat”, tambah beliau lagi.

Sambutan pada tahun ini dilaksanakan berkonsepkan ‘potluck’ yang melibatkan 23 pusat tanggungjawab (PTj) di KUIPs berkerjasama untuk menyediakan juadah tambahan.

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button