Politik

PRN Sabah: 2,000 jentera Pas bantu sekutu di Sabah

PAS akan menggerakkan 2,000 ‘jenteranya’ bagi membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau akan turun ke Sabah esok bagi melancarkan jentera parti tersebut.

“Saya akan pergi ke PRN Sabah pada hari esok untuk melancarkan jentera Pas bagi membantu rakan-rakan Perikatan Nasional bagi memastikan kerusi yang ditandingi dimenangi.

“Petang esok saya akan ke Kota Kinabalu (lancar jentera Pas), ini komiten Pas walaupun Pas tak bertanding, Pas tetap lancar jentera nak pastikan bahawa kita menang,” kata Tuan Ibrahim.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air itu Pas mempunyai 20 jentera bahagian di Sabah dan purata dalam 2,000 jentera tenaga parti di seluruh negara.

“Jadi kita juga akan membawa tambahan jentera dari semenanjung untuk turun di Sabah,” kata.

Pas tidak meletakkan sebarang calon dalam PRN Sabah bagaimanapun parti tu menjadi sekutu kepada Bersatu dalam Perikatan Nasional dan rakan kepada Barisan Nasional dalam muafakat Nasional. -SM

 

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button