Politik

Semua calon pilihan raya Johor dapat akses media kerajaan

KLUANG: Semua calon dalam pilihan raya negeri Johor akan dibenarkan menggunakan media kerajaan untuk memperkenalkan diri, kata menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa hari ini.

Beliau berkata ini adalah keputusan Kabinet supaya calon lebih mudah dikenal pasti.

“Kita akan benarkan selagi ia tidak bertentangan dengan peranan saluran media rasmi kerajaan kerana mereka bertanggungjawab menyampaikan maklumat daripada kerajaan.

“Yang bertanding ialah parti, namun kerajaan juga bertanggungjawab memeriahkan proses demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada ketua masyarakat Keluarga Malaysia Zon Tengah di sini malam ini.

Annuar berkata perbezaan politik tidak akan menghalang matlamat penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia, yang katanya adalah untuk menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

 

 

 

 

 

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button