Negeri

Raja Perempuan Perlis rai delegasi WI Kelantan

Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat meraikan delegasi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau nama lainnya iaitu W.I. Negeri Kelantan seramai 32 orang dalam satu Majlis Santapan Malam di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jalan Raja Muda, Kangar.

Delegasi tersebut diketuai oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Datuk Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz dan Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Datuk Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ketika di Perlis sempena kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 mereka juga akan melawat Taman Mempelam Harumanis Perlis di Bukit Bintang, Taman Buah-Buahan Eksotik Sg Batu Pahat, Taman Rimba Herba Bukit Ayer, Kompleks Dewan Undangan Negeri Kangar, membeli belah di Arked Niaga Padang Besar, menjamu selera di salah sebuah restoran ikan bakar di Kuala Perlis serta Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button