pilihanSukan

Malaysia bertemu Jepun pada suku akhir Piala Thomas

Malaysia akan menentang juara Kumpulan B, Jepun pada suku akhir Piala Thomas 2024 yang berlangsung di Chengdu, China.

Kali terakhir Malaysia, yang melangkah ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan D, menentang juara 2014 itu adalah pada edisi terakhir di Bangkok.

Malaysia menewaskan Jepun 3-2 pada aksi terakhir Kumpulan D dua tahun lalu.

Sekiranya pasukan negara mengatasi Jepun, mereka akan berpeluang menentang tuan rumah dan juara Kumpulan A, China, atau penyandang juara dan naib juara Kumpulan C, India, pada separuh akhir. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button