Jenayah

Rayuan di tolak, Siti Bainun kekal penjara 12 tahun

PENGASAS Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kekal dihukum penjara selama 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana mengabaikan serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down iaitu Bella pada tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menolak keputusan rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah seksyen hari ini.

Menurut Peguam, Khairul Anwar Rahmat, kanak-kanak itu masih terkesan dan belum menerima kesakitan yang dialami.

“Sebahagian daripada kecederaan yang dialami Bella telah sembuh namun dia tetap memerlukan rawatan susulan terutamanya kecederaan melibatkan kulit.

Bak kata orang, sakit boleh hilang tetapi parut tetap ada,” kata peguam yang dilantik Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika sidang media.

Mangsa yang merupakan kanak-kanak istimewa itu bukan sahaja mengalami kecederaan fizikal yang terhasil dari satu insiden sahaja malah turut melibatkan emosi dalaman.

Menurut laporan Harian Metro, Bainun diperintahkan menjalani hukuman penjara dan dihantar ke Penjara Kajang serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu mengalami cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Februari hingga Jun 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 12 tahun dan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Artikle Berkaitan :>

Lepas masuk penjara, berat badan Siti Bainun kurang 60kg

Siti Bainun mohon rayuan penjara 12 tahun: Hisyam Teh Poh Teik ketua

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button