Luar Negara

Padah buat ‘Vampire Facial’ kerana mahu cantik akhirnya 3 wanita dijangkiti HIV

TIGA wanita disahkan menghidap HIV selepas menjalani rawatan ‘Vampire Facial’ di pusat kecantikan tidak berlesen di New Maxico.

Menurut laporan penyiasatan CDC spa tersebut rawatan tidak mengikut prosedur yang betul sehingga menjejaskan pelanggan.

Pekerjanya menggunakan semula peralatan pakai buang yang dikhaskan untuk sekali penggunaan sahaja walaupun penularan HIV daripada darah sudah tercemar melalui suntikan tidak dibersihkan dengan betul dan berisiko.

Kes itu adalah dokumentasi pertama kemungkinan jangkitan yang melibatkan perkidhmatan kosmetik.
Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan New Mexico (NMHD) mula menyiasat kejadian apabila seorang wanita disahkan positif HIV dan melaporkan tiada faktor risiko yang diketahui selain mendapatkan rawatan muka jarum mikro PRP.

Pegawai CDC dan NMHD mengenal pasti dua individu lain yang menerima rawatan muka vampire di spa pada masa yang sama dan kemudiannya diuji positif HIV.

Untuk menentukan sama ada jangkitan berkaitan, penyelidik menyusun gen virus tertentu daripada lima pesakit.
Pegawai membuat kesimpulan bahawa tiga daripada individu itu dijangkiti HIV di spa itu.

Vampire Facial atau rawatan muka vampire merupakan microneedling PRP merupakan Teknik rawatan wajah menggunakan darah sendiri seterusnya disuntik kembali pada wajah dengan jarum.

Rawatan ini sedang popular di spa kecantikan berfungsi membantu untuk menengankan kulit muka dan mengurangkan kedutan pada wajah.

Artikle Berkaitan :>

SpaConcept inspirasi dari spa Bali Indonesia, memberi kecantikan kepada kulit

Watson raikan Hari Raya dengan tema ‘Demensi Raya Paling Unik’

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button