Travel

Watson raikan Hari Raya dengan tema ‘Demensi Raya Paling Unik’

Watsons Malaysia meraikan Hari Raya Aidilftiri yang unik dengan pelancaran kempennya bertajuk “Dimensi Raya Paling Unik”, Tempoh kempen bermula dari 14 Mac hingga 22 April 2024 menampilkan promosi menarik di kedai dan dalam talian dan filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.

Short Filem raya berbilang dimensi ini dibintangi oleh Ayda Jebat, duta Watsons selain itu personaliti terkemuka Malaysia termasuk Sabri Yunus, Angeline Tan, Nadhir Nasar, Catriona Ross, Nazruddin Rahman, Ropie dan COEX.

Watson bersama persatuan pekak Malaysia

Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International, Kempen Hari Raya Watsons tahun ini menekankan komitmen kami untuk menyatukan rakyat Malaysia semasa musim perayaan serta turut menyumbangkan kepada persatuan orang pekak Malaysia.

“Kami baru-baru ini melawat dan menderma produk kesihatan, kecantikan mendapat keistimewaan melawat dan menderma produk serta keperluan penting bernilai lebih RM160,000 kepada 17 pertubuhan kebajikan di seluruh Malaysia. Tambahan pula, kami memberikan sokongan kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia dengan menyumbangkan 10 alat pendengaran bernilai RM24,000, bertujuan untuk meningkatkan kehidupan seharian mereka. Semoga usaha kecil ini memberi impak yang besar kepada mereka yang memerlukan dan memberikan senyuman sepanjang sambutan Aidilfitri tahun ini’’, jelasnya

Sempena kempen tersebut, Watsons Malaysia menawarkan promosi sebanyak 60% untuk barangan kedua di kedai dan dalam talian untuk semua pelanggan dan ahli Kelab Watsons. Semua orang boleh mengambil peluang untuk merebut produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit dan kesihatan kegemaran mereka pada harga yang tiada tandingan.

Watsons Malaysia membawakan anda barisan promosi yang menarik untuk semua ahli Kelab Watsons. Terdapat lebih banyak sebab untuk meraikan bersama Watson kerana berpeluang menangi hadiah bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk Tesla Model Y yang serba baharu, 3 unit basikal Vespa, baucar tunai Watsons dan banyak lagi apabila mereka membelanjakan RM80 dengan kad VISA.

Sepanjang tempoh kempen, Ahli Kelab Watsons boleh menantikan hadiah seperti paket Raya, Beg Tote Edisi Terhad, Penyimpanan Makanan Seramik, dan banyak lagi dengan pembelian bermula dari RM80 dan ke atas di kedai dan dalam talian. Untuk ahli Elite, dapatkan set hadiah Naturals by Watsons eksklusif percuma dengan pembelian RM280 apabila membeli-belah dalam talian. Selain itu, beli Unik Plushie edisi terhad pada harga RM30.88 (atau dengan 1 eStamp tambah RM23.90 di kedai Online) dan hasil jualan akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra untuk tujuan yang baik.

Artikle Berkaitan :>

Milk Baobab jenama dari Korea untuk menjaga kesihatan kulit

(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button