Nasional

ADUN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat penyakit kanser, hari ini.

Pemergian ADUN DAP itu dimaklumkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di Facebook.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang.

Menurut Amirudin, pemergian Kee Hiong adalah kehilangan besar kepada banyak pihak dan pasti dirasai terutama penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili dan dibantu sejak sebelum dia menjadi wakil rakyat lagi.

“Mewakili kerajaan negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong, serta seluruh sahabat dan anggota dalam DAP yang kehilangan tokoh berpengalaman.

“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini,” katanya.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. – SM

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button