Nasional

Syor slogan baharu “Ini Malaysia Kita” dibawa ke Kabinet

Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan supaya “Ini Malaysia Kita” sebagai slogan baharu yang disifatkan lebih menggambarkan semangat patriotik rakyat di negara ini.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, malah dengan slogan “Ini Malaysia Kita” lebih membawa kepada keamanan, kegembiraan, kesejahteraan dan bersama membanteras gejala yang merosakkan masyarakat seperti dadah dan pelbagai jenayah lain.

“Kita akan mengemukakan cadangan slogan baharu ini kepada Kabinet,” katanya kepada media selepas majlis Perjumpaan dan Amanat Menteri Perpaduan Negara Peringkat Negeri Perlis dan Kedah di Dewan 2020, Kangar hari ini.

Hampir 700 orang warga Kementerian yang terdiri daripada warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia bagi negeri Perlis dan Kedah telah hadir ke majlis tersebut.

Aaron berkata, hasil Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2.0 bersama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan pencapaian pada nilai 0.629 di mana membawa maksud kesepaduan nasional negara ini berada pada tahap sederhana dan terkawal.

Katanya, pelaksanaan Kajian IPNas ini selaras dengan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Bidang Keutamaan E Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

“Kajian IPNas 2.0 ini untuk mengukur tahap perpaduan dan keharmonian negara bagi tempoh dua tahun,” katanya.

Berikutan itu, katanya, daripada kajian ini akan dicadangkan satu pelan tindakan bagi meningkatkan tahap perpaduan di Malaysia,” katanya. – SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button