Negeri

JKN Perlis catat pencapaian cemerlang

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis telah mencatatkan prestasi cemerlang dengan pencapaian KPI Jabatan iaitu 98.95%.

Di peringkat hospital, pada tahun 2023, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah dinobatkan antara dua hospital peringkat Negeri yang terbaik peringkat kebangsaan serta JKN Perlis telahpun dinobatkan sebagai program kejuruteraan terbaik kebangsaan bagi pengoperasian Klinik.

Program kempen Sihat Milik Semua pula sudah memasuki tahun kedua dan telah berjalan lancar dan mencapai sasaran untuk memastikan keutamaan kepada penjagaan kesihatan kendiri di Negeri Perlis serta meningkatkan tahap Celik Kesihatan di kalangan warga Perlis. Perlis juga telah mencatat sebagai negeri yang mencatatkan prestasi kewangan yang baik dengan 100% bil dibayar dalam masa tujuh hari bekerja.

“Bagi program Inovasi pula, JKN Perlis telah mencatatkan satu kejuaraan di pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan juara bagi pertandingan Inovasi peringkat Negeri Perlis. Kejayaan dan pelbagai program yang telah dimulakan di Perlis dijadikan program contoh di peringkat kebangsaan”.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari dalam ucapan aluan beliau kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis tahun 2024 di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Dr. Ismuni, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Dr. Nur Aslina Bahakodin, Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Khaironisak Haron dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Wan Ahmad Fazli Wan Kamis.

Majlis tahunan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bertujuan untuk meraikan bulan Syawal yang mulia bersama seluruh warga kerja kesihatan negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan mengadakan lawatan ke gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman yang bertemakan menu Hari Raya Aidilfitri.

GALERI

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button