Pendidikan

Pelajar perlu tanam sikap positif, nilai murni – Titah Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ‘Golongan pelajar perlu menerapkan moral yang tinggi dan berakhlak terpuji untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum. Akhlak seperti siddiq, amanah, tabligh dan fathonah perlu menjadi asas dalam diri pelajar supaya lebih fokus sekali gus menjadi pemangkin dalam proses menimba ilmu‘

Baginda bertitah, ‘Para pelajar perlu sentiasa mempunyai ‘mind set’ yang positif dan tidak mudah mengalah apabila menghadapi cabaran agar dapat membentuk diri yang kental serta motivasi diri yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan’.

“Pelajar wajar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi canggih seperti peranti, aplikasi dan platform yang berasaskan digital bagi penggunaan proses pembelajaran. Manfaatkanlah penggunaan teknologi digital ini sebaiknya dengan membuat kerja sekolah atau tugasan seumpamanya”, titah Baginda lagi.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat merasmikan Program Titian Kasih Mega 2024 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Budriah, Pauh yang melibatkan seramai 228 orang pelajar tingkatan 1 hingga 3.

Keberangkatan tiba Baginda yang turut diiringi sama oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke program bertemakan ‘Perlis Hebat! Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Segala Tindakan’ dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis itu disambut oleh Pengetuanya, Oui Siew Aim.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan Penyelaras dari YTSP Perlis, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir serta Pengarah Pendidikan Negeri, Rose Aza Che Arifin.

SMK Tengku Budriah telah mendapat pengiktirafan Anugerah Khas Juri bagi Kategori Musalla Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2022. Koperasi sekolah ini juga telah diiktiraf sebagai Koperasi Sekolah Aktif Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2023 yang dianjurkan oleh ANGKASA.

Selain itu, sekolah ini telah menjadi Johan (Cerpen) Pertandingan Penulisan Kreatif 2023 Peringkat Negeri Perlis, Naib Johan (Sajak) Pertandingan Penulisan Kreatif 2023 Peringkat Negeri Perlis, Johan (Prosa) dan Tempat Ketiga (Sajak) Pertandingan Penulisan Kreatif 2023 Peringkat Negeri Perlis, Naib Johan Pertandingan Kaligrafi 2023 Peringkat Negeri Perlis dan Naib Johan Pertandingan Mimbar Daei Mahrajan 2023 Negeri Perlis.

Seramai 15 orang murid SMK Tengku Budriah pula telah mengharumkan nama sekolah di Mahang International Pen Pal Letter Writing Competition 2023 yang melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Vietnam dan Malawi. Lima daripada mereka telah berjaya ke peringkat akhir manakala bagi pasukan bola keranjang sekolah, telah membawa pulang pingat perak bagi pertandingan Bola Keranjang Peringkat Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) bagi tahun 2023.

Tuanku Raja Muda turut berkenan menyempurnakan perasmian Laman Santai Minda yang merupakan ruang dan kawasan buat pelajar serta guru-guru untuk menjalankan sebarang aktiviti luar kelas.

GALERI

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button