Belang Bertempat

Rakyat keutamaan Kerajaan pimpinan Ismail Sabri, bukan PRU15

DALAM keadaan ekonomi yang serba mencabar, Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat lebih mementingkan usaha ke arah membantu rakyat.

Setiap kali diadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera, agenda yang menjadi prioritas ialah bagaimana mahu membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang sulit pada hari ini.

Cakap-cakap tentang pilihanraya umum bukan topik utama yang diberikan perhatian oleh Ismail Sabri.

“Dalam Kabinet sebenarnya lebih menumpukan dan membincangkan bagaimana kita nak membantu rakyat terutama dalam suasana ekonomi yang agak berat pada hari ini.

“Macam mana kita nak berikan bantuan sama ada melalui subsidi, melalui program-program jualan murah. Itu yang selalu kita fikirkan,” itulah antara kata-kata yang dapat disimpulkan bukan sahaja melalui kenyataan-kenyataan media Ismail Sabri tetapi juga dalam mesyuarat-mesyuarat Kabinet.


Jelaslah bahawa tumpuan Perdana Menteri ialah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada Keluarga Malaysia.

Setiap pemimpin politik seharusnya mengelakkan diri daripada terlibat dengan perebutan kuasa yang akhirnya hanya akan merugikan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad baru-baru ini berkata, kedudukan sebagai pemimpin seharusnya dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk menjadi pemudah cara kepada kehidupan rakyat.

“Kita perlu ingat bahawasanya kita menjadi pemimpin politik ini sebahagian daripada ajaran agama. Sebab itu janganlah kita cemarkan politik ini sebab politik adalah tugas yang mulia,” kata Idris.

Dalam hal sebegini, Senator Datuk Idris berkata, apabila kita menjadi pemimpin, kita mesti jadi pemudah cara kepada rakyat. Kita fikir siang malam untuk rakyat.

Apabila berlaku perebutan kuasa, rakyat yang menjadi mangsa.

Mengimas kembali, negara menerima kesan daripada Covid-19. Rakyat baharu nak bernafas, tiba-tiba bila kita berebut macam ini akan mewujudkan suasana yang tidak kondusif yang seterusnya akan memberikan kesan kepada ekonomi, kata Idris yang ada benarnya.

Justeru Idris menggesa seluruh pimpinan politik di negara ini untuk mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik masing-masing. – SM

(Visited 392 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button