Politik

Srikandi Muda Bersatu Akan Pastikan Generasi Muda KKB Undi Khairul Azhari Saut

Srikandi Muda Bersatu Malaysia yang bergerak bersama Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan memastikan generasi muda di Kuala Kubu Bharu (KKB) mengenali Khairul Azhari Saut.

Hal ini demikian kerana Khairul Azhari Saut bukan hanya merupakan Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor malah kini secara rasminya diumumkan sebagai calon PN.

Ketuanya, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, proses penamaan calon telah berlangsung dengan meriah dan aura penyokong PN sangat terserlah berbanding penyokong parti lain.

“Dengan melihat situasi hari ini, saya percaya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sedang mengalami satu momentum yang baharu.

“Ia adalah satu momentum yang sangat bakal dan mewakili Srikandi Muda Bersatu Malaysia, kami berharap PRK DUN KKB ini berpihak kepada PN,” katanya kepada Suara Merdeka.

Nurul Fadzilah berkata demikian mengulas sambutan luar biasa penyokong PN di pusat penamaan calon sekali gus menyaksikan pertembungan empat penjuru dalam PRK DUN KKB.

Kata Nurul Fadzilah, peranan Srikandi Muda Bersatu Malaysia dalam PRK DUN KKB ini penting kerana selain membantu Pemuda dan Wanita PN, kelompok generasi muda perlu disantuni.

“Generasi muda di KKB perlu mengenali calon PN yang merupakan anak jati di sini selain memiliki pengalaman yang cukup hebat dalam bidang yang diceburinya.

“Sekiranya Khairul Azhari Saut berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan, beliau akan lebih memandang penduduk dan pengundi di KKB dengan membawa sesuatu pembaharuan,” katanya. – SUARA MERDEKA

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button