Belang Bertempat

Bila buat open tender `sapu’ rasuah…

ADAKAH salah jika seseorang memohon 5 peratus dari keuntungan sesebuah projek sedangkan dia merupakan penjawat awam yang bertanggungjawab meluluskan projek berkenaan?

Perbuatan meminta dan memujuk rayu sesuatu suapan rasuah walaupun belum terima suapan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Katakan dalam kes rasuah membabitkan si polan. Dia meminta pada pengusaha projek yang dia hendak 5 peratus dari keuntungan projek untuknya.

Dan ini suatu bentuk perjanjian yang pengusaha projek tadi mesti setuju (bahagian untuk si polan sebanyak 5 peratus), maka barulah projek itu confirm diserahkan pada sesebuah syarikat.

Bila pengusaha projek bersetuju dengan syarat si polan yang merupakan penjawat awam tadi (5 peratus), maka si polan akan memainkan peranannya untuk memastikan syarikat) memperoleh projek itu.

`Berkat’ perjanjian 5 peratus, maka si polan mainkan wayang dia sehinggalah syarikat terbabit mendapat projek tersebut.

“Memanglah projek itu dibuat secara tender. Tapi keistimewaan yang diberikan si polan kepada syarikat terbabit termasuk dengan ‘bagi siap-siap spesifikasi dan harga siling projek’.

“Macam mana boleh tak dapat. Kenapa tak bagi spesifikasi projek pada penender-penender yang lain sekali? Inilah wayang dalam proses tender. Buat open tender hanya nak tutup mata rakyat dan pihak berkuasa,” kata sumber kepada Suara Merdeka hari ini.

Portion 5 peratus yang dijanjikan masih belum dibayar pengusaha projek kepada si polan disebabkan projek masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan.

Ingat balik, 5 peratus dari keuntungan syarikat. Projek tak selesai, maka keuntungan belum tahu berapa, sebab tu bayaran 5 peratus tidak dilunaskan lagi. Jadi, buat apa cerita pihak berkuasa tak peduli, tak tanya mana pergi duit?

Meminjam kata-kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, jangan buat pendakwaan jika tidak mempunyai 90 peratus peluang untuk menang.

Kes melibatkan Lim Guan Eng memberi cabaran besar bagi SPRM kerana melibatkan tokoh utama DAP, kerajaan negeri Pulau Pinang dan dilihat seperti sengaja dikorek semula kes lama.

Guan Eng bukan tokoh pertama didakwa atas rasuah. Minggu lalu agensi itu berjaya mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kesalahan salah guna kuasa.
-SM

(Visited 589 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button