Nasional

PM akui kempen PRN Sabah antara punca peningkatan kes Covid-19

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah menjadi antara punca peningkatan kes-kes Covid-19.

Menurut Muhyiddin, PRN Sabah terpaksa diadakan apabila Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai yang lalu.

“Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk kepada peruntukan di dalam Perlembagaan dan Pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta tidak boleh ditangguh.

“Saya sedar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menetapkan SOP tertentu bagi memastikan wabak Covid-19 tidak merebak akibat kempen pilihanraya diadakan tetapi malangnya ada SOP yang tidak dipatuhi,” katanya dalam sesi ucapan khas yang disiarkan hari ini.

Menurut beliau, ketika berkempen, banyak tempat tidak mengikut SOP seperti penjarakan sosial walaupun hampir keseluruhannya memakai pelitup muka.

Jelasnya, dia sendiri terpaksa membuat SOP sendiri iaitu dengan memandu terus ke pentas untuk memulakan ucapan dan mengelak khalayak ramai.

“Saya selalu ingatkan semua yang hadir untuk patuhi SOP dan selepas berucap, saya akan terus masuk kereta dan meninggalkan lokasi ceramah tanpa bersalam atau menyentuh sesiapa.

“Pegawai-pegawai saya juga diingatkan untuk mengatur kempen di kawasan Zon Merah dan saya sendiri akan menolak undangan ke sana dengan cara yang baik,” katanya.

Susulan itu, tindakan awal kerajaan menurutnya ialah mempertingkatkan kawalan sempadan di negeri Sabah dengan menambah jumlah anggota keselamatan yang bertugas dan mengatur gerak aset-aset seperti kapal dan bot peronda untuk mengawal sempadan perairan negara.

Tambahnya, beberapa daerah di Sabah dan Kedah juga telah diisytiharkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar atau Targeted Enhanced Movement Control Order untuk menghalang wabak ini daripada menular ke tempat-tempat lain.-SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button