Politik

Ketua PKR Sabah menentang keras kemasukan Pas dalam DUN, Kabinet

KETUA PKR Sabah, Datuk Christina Liew menentang keras cadangan untuk melantik wakil PAS ke Dewan Undangan Negeri dan Kabinet Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Api-Api itu menekankan bahawa cadangan untuk memasukkan perwakilan PAS dalam Badan Perundangan dan pemerintahan Negeri tidak dapat diterima oleh rakyat.

Ini memandangkan Sabah adalah negeri contoh dalam Malaysia untuk keharmonian berbilang kaum, antara agama dan pelbagai budaya yang mewujudnya kedamaian dan menjadi mercu tanda kehidupan rakyat negeri itu.

“Rakyat Sabah menganut prinsip kesederhanaan dan konsep kesatuan dalam kepelbagaian, berbanding dengan budaya politik perpecahan yang berpotensi menyebabkan perkauman.

“Kami mengecam ideologi politik yang bertentangan dengan multikulturalisme (sebagai falsafah politik), dan tidak dapat menerima jenama politik ekstremisme.

“Rakyat menolak secara terang-terangan cadangan penyertaan perwakilan Pas di DUN Sabah kerana tindakan itu akan melukai citra berbilang budaya di negeri ini.

“Kami bangga menjaga kesatuan di kalangan rakyat Malaysia yang patuh undang-undang dan cintakan keamanan di Sabah,” kata Liew, dalam satu kenyataan semalam.

Dia mengulas kenyataan pemimpin PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir bahawa parti itu layak untuk mendapat calon ADUN di Dewan Undangan Negeri dan kerajaan Sabah.

Sehari sebelumnya, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa dia berharap PAS akan diberikan sekurang-kurangnya satu daripada enam tempat ADUN yang dicalonkan untuk kerajaan negeri.

Liew, yang merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, menyatakan bahawa penolakan rakyat terhadap Pas terdapat dalam petisyen “Pas tidak dibenarkan dalam Kabinet Sabah’ yang akan diserahkan kepada Kerajaan Sabah.

Kempen tandatangan dimulakan tiga hari yang lalu oleh kumpulan “Better Sabah” dan berharap dapat mencapai 25,000.-SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button