Politik

Muhyiddin boleh dapat sokongan 120 Ahli Parlimen

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin akan bertambah kuat dan diyakini mampu mendapay sokongan 120 Ahli Parlimen.

Ini ekoran beberapa Ahli Parlimen PKR keluar dari parti mereka untuk memberikan sokongan kepada PN.

Ini terbukti apabila Ahli Parlimen Julau, Larry Sng; Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar telah mengumumkan keluar dari PKR dan menyokong PN.

Langkah Ahli Parlimen terbabit memperkuatkan kedudukan PN sebagai kerajaan.

Sokongan daripada Ahli Parlimen terbabit akan meningkatkan keyakinan Muhyiddin untuk mengadakan sidang Parlimen tanpa perlu risau ancaman undi tidak percaya dari blok pembangkang.


Malah terdapat juga khabar angin bahawa ada beberapa lagi wakil rakyat pembangkang bakal menyatakan sokongan kepada PN.

Jika ia benar-benar berlaku maka Muhyiddin akan mendapat sokongan majoriti hampir 120 anggota Parlimen di Parlimen.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini mendakwa lebih banyak Ahli Parlimen PKR akan mengikuti Bekas Naib Presiden PKR itu.

Kata, Annuar beliau difahamkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan ‘rakan’ Xavier telah menunjukkan niat  untuk menyokong pemerintah PN.

Perkembangan itu jika benar berlaku sudah tentu akan melemahkan kedudukan Pakatan Harapan dan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah satu jalan untuk memastikan PH kuat ialah menjalin kerjasama dengan UMNO seperti mana yang mula dibayangkan oleh Anwar kebelakangan ini. -SM

 

(Visited 391 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button