Ekonomi

Bliese bakal dijual di premis fizikal, perkenal 5 haruman baharu

Syarikat pengeluar haruman wangian tahan lama buatan tempatan Bliese (M) Sdn Bhd bakal menjual produk keluaran syarikat itu di premis fizikal.

Melalui kempen Gerila Haruman Bliese, produk wangian itu akan dijual di kedai runcit, restoran-restoran, kedai cuci kereta dan premis makanan yang terpilih.

Pengarah Urusannya, Suhaimi Saiful, berkata, serentak pelancaran kempen itu, Bliese memperkenalkan lima haruman baharu bagi mengantikan haruman Seoul Spell, Tokyo Blossom, Tea Rose, Boston Berries dan Istanbul Island.

“Bagi tahun 2021, Bliese akan memberi fokus dan mengembangkan produk pewangi serbaguna Bliese dengan melancarkan kempen Gerila Haruman pada 15 Mac 2021.

“Kempen pewangi serbaguna Bliese ini dilancarkan bagi memenuhi dan meluaskan pengaruh di pasaran tempatan,” katanya.


Lima haruman baharu termasuk Cherry Ellison yang mempunyai bau kemanisan seperti berada di taman bunga yang mekar. Haruman ini merupakan campuran floral bersama buah ceri dan laici.

Forest Musk pula bauan lembut campuran strawberry, blueberry, raspberry dan plum yang mempunyai haruman yang wangi dan manis.

Bauan ketiga Tropical Buffet yang mempunyai haruman campuran buah-buahan tropikal mangga harum manis, nenas dan betik yang menyegarkan seperti berada di sebuah pulau.

Bagi sang pencinta, haruman Love Page amat sesuai bagi mereka kerana mempunyai bauan campuran floral ros, orange blossom dan grapefruit.

Haruman terakhir adalah Morning Gates yang mempunyai bauan embun pagi yang dicampur dengan floral vanilla dan buah Citrus dan grapefruit.

Untuk rekod, Bliese telah membuat jualan sebanyak RM12juta pada tahun pertama dilancarkan pada September 2019 dan menyasarkan jualan sebanyak RM40 juta tahun ini.

Bliese mempunyai tiga jenis produk wangian – Bliese Wooden Cap, Bliesematic dan Bliese Body Perfume.

Pewangi serbaguna Bliese boleh digunakan di semua tempat. Ia bukan hanya untuk kereta sahaja malah boleh digunakan di almari baju, kasut, tandas, boot kereta, ruang tamu dan ruangan yang bersaiz kecil.-SM

 

(Visited 366 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button