Ekonomi

330 projek rakyat dimohon Melaka – Ab. Rauf

Kerajaan negeri memohon peruntukan sebanyak RM13.93 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, peruntukan tersebut bagi melaksanakan 330 projek rakyat dengan keutamaan kepada 10 projek yang harus diberi keutamaan.

Menurutnya, antara projek tersebut ialah adalah penaiktarafan dan pemodenan infrastruktur E-Tanah, menaik taraf infrastruktur lot tanah Industri Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub fasa dua serta pembangunan projek eko pelancongan fasa dua di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah.

Selain itu katanya, kerja-kerja menaik taraf dan membina baru jalan empat lorong Persisiran Pantai dari Hatten City ke Semabok, Pasar Jasin selain Akademi Kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri.

“Projek ini turut melibatkan menaik taraf ruang di bangunan tambahan Hospital Melaka untuk dijadikan Makmal Jantung Invasif dan menaik taraf Wad Jantung dan Jabatan Perubatan Hospital Melaka.

“Tidak ketinggalan membangunkan kampus baharu Politeknik Melaka serta pembinaan Kompleks Perpaduan bagi Daerah Melaka Tengah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMKe-12 di Bandar Hilir, Melaka di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Ab. Rauf berkata, semua projek itu adalah sejajar dengan usaha kerajaan negeri menarik pelabur dari dalam dan luar negara khususnya di koridor ekonomi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

Ujarnya, projek yang dipohon itu jika berjalan lancar akan memberi impak tinggi bagi meningkatkan pendapatan negeri.

“Saya menghargai usaha daripada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan RP3 untuk tahun ini yang menyaksikan Melaka menerima sebanyak 204 projek bernilai RM7.05 bilion,” ujarnya.

Antara projek yang akan dilaksanakan seperti menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke Persimpangan Semabok, Lebuh AMJ dengan kos sebanyak RM300 juta.

Selain itu projek Stage Bus Service Transformation (SBST)
ke Bandar Melaka sebanyak RM150 juta dan projek membina blok wanita dan kanak-kanak Hospital Melaka dengan kapasiti 476 katil sebanyak RM700 juta. – SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button