Berita AutoEkonomi

AmBank, ezAUTO.MY bantu 4,325 pengedar kereta terpakai berikutan COVID-19

AmBank Group telah membentuk kerjasama strategik dengan platform jual beli kereta dalam talian ezAUTO.MY untuk membantu 4,325 peniaga kereta terpakai (ezDEALERs) berikutan pandemik COVID-19.

Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ia akan memberi ezDEALERs dengan “SME-in-a-Box”, satu inisiatif yang direka bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menambah nilai kepada akaun operasi mereka, gaji, perkhidmatan transaksi, terminal saudagar, penyelesaian pembayaran tanpa tunai termasuk akses cepat kepada pembiayaan modal kerja.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo berkata pandemik itu telah memberi kesan kepada negara dan cara perniagaan dijalankan.

“AmBank sedar PKS terpaksa menyesuaikan diri dengan lengkung pembelajaran yang agak mendalam, oleh itu, kami menyedari keperluan untuk membolehkan PKS bersedia secara digital, terutamanya dalam era pandemik ini.

“Kerjasama dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia serta ezAUTO membolehkan kami menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh PKS dalam industri automotif,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan ezAUTO Asia Ray Khor berkata pembiayaan perniagaan semasa waktu-waktu yang mencabar seperti sekarang adalah amat penting bagi memastikan kesinambungan dan pertumbuhan.

“Ini merupakan produk pembiayaan perkongsian pertama kami dengan AmBank yang menawarkan pembiayaan ‘floor stock’ secara eksklusif kepada ezDEALERs,” katanya.

Selain daripada kemudahan pembiayaan tersebut yang mempunyai rebat faedah dan tempoh pembayaran semula yang lebih panjang, ezDEALERs juga akan mendapat manfaat daripada perkongsian khusus AmBank dengan Maxis.

Bank itu berkata peniaga boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM5,000 bagi pelan mudah alih Maxis, internet dan penyelesaian perniagaan dengan Geran Pendigitalan PKS kerajaan, satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). – BERNAMA 

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button