pilihanSukanUncategorized

Skuad muda Indonesia cemerlang mara ke separuh akhir Piala Asia B-23

KETIKA pasukan Harimau Muda pulang dengan tangan kosong tanpa sebarang kemenangan, jiran kita, Indonesia melakar kejayaan tersendiri apabila mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar.

Lebih manis, skuad muda Garuda itu menyingkirkan pasukan pilihan Korea Selatan

Penjaga gol, Ernando Ari menjadi watak utama kejayaan itu apabila berjaya menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Korea Seletana 11-10 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi suku akhir 120 minit.
Dalam permainan masa penuh di Stadium Abdullah Bin Khalifa itu, Indonesia terlebih dahulu mendahului apabila Rafael William Struick yang beraksi dengan kelab liga Belanda, ADO Den Haag berjaya membolosi gol lawan  hasil percubaan pada minit ke-15 menewaskan Baek Jong-beom.
Tersentak denganm gol itu, Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Komang Teguh pada minit ke-45.
Struick kemudian sekali lagi tampil dengan karakter luar biasa apabila sekali lagi menewaskan Jong-beom pada masa kecederaan minit ke-48 baik selepas menyudahkan sentuhan rakan sepasukan untuk memimpin separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua, Korea Selatanmeningkatkan intensiti permainan bagi memburu jaringan penyamaan termasuk melakukan perubahan taktikal apabila memperkemas bahagian pertahanan.
Lebih malang mereka terpaksa beraksi dengan10 pemain selepas Lee Young-Jun dilayangkan kad merah kerana  mengasari Justin Hubner pada minit ke-70.
Kekurangan seorang pemain tidak melunturkan semangat juang Korea Selatan yang mana akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan untuk mengikat permainan hingga ke masa tambahan dan seterusnya penentuan penalti.
Kemenangan itu menyaksikan Indonesia ke separuh akhir akan menentang pemenang perlawanan Uzbekistan berdepan Arab Saudi.
Dalam satu lagi aksi suku akhir sebelum itu, Jepun memanfaatkan sepenuhnya ketiadaan Yousef Abdulrahman Baliadeh yang dilayangkan kad merah pada minit ke-41 bagi menyingkirkan cabaran tuan rumah Qatar dalam perlawanan di Stadium Jassim Bin Hamad.
Skuad Samurai Biru Muda kendalian Go Oiwa menyingkirkan anak buah asuhan Ilidio Vale, 4-2 hasil jaringan Fuki Yamada (m-2), Seiji Kimura (m-67), Mao Hosoya (m-101), Kotaro Uchino (m-112) manakala gol Qatar dijelmakan Ahmed Hisham Ali Musa Al-Rawi (m-24), Jassem Gaber Abdulsallam (m-49).
Jepun akan menanti pemenang perlawanan Iraq menentang Vietnam dalam satu lagi aksi suku akhir. – SM
(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button