Nasional

Menteri Kabinet beri sokongan penuh kepada PM

Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada 14 Julai 2021 telah membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dalam kenyataan hari ini ahli-ahli Jemaah Menteri juga memaklumkan bahawa setiap keputusan Kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambilkira pandangan semua pihak.

Keutamaan Kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik COVID-19.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli parlimen dari parti berkenaan supaya menarik kembali sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

 


(Visited 89 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button