Nasionalpilihan

Pelawak ditahan terlibat kegiatan pemerdagangan orang untuk tujuan eksplotasi seks

Seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks, dalam serbuan di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan.

Katanya, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan.

“Menerusi Ops Pintas, kami menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amran berkata, turut dirampas dalam serbuan itu adalah sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit.

“Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenalpasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini,” katanya. -SM

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button