Jenayah

Pegawai polis ditahan bantu siasatan berhubung kematian pelajar calon SPM 

Semalam dikejutkan dengan berita seorang pegawai kanan polis melanggar pelajar calon SPM sehingga menyebabkan kematian berhampiran sekolahnya yang terletak di Meru, Ipoh, Perak.

Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung kemalangan tersebut, suspek yang bertugas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah tersebut akan direman hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisionar Yahaya Hassan Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Perodua Ativa dipercayai milik suspek dan sebuah motosikal jenis Yamaha milik mangsa.

‘’Penunggang motosikal, iaitu remaja berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pegawai polis berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

‘’Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan.

Mangsa yang berumur 17 tahun maut ditempat kejadian manakala suspek yang berusia 44 tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan kejadian kemalangan tersebut sehinggakan menjadi perhatian warganet.

Artikle Berkaitan :>

Polis tahan dua wanita jadi keldai akaun pelaburan kripto

Kes kematian Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan dari dashcam penduduk

(Visited 402 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button