Jenayah

Kakitangan kerajaan didakwa melakukan seks oral ke atas budak lelaki dalam tandas

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam didakwa dibicarakan atas pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang budak lelaki berusia 15 tahun di dalam tandas sebuah bangunan kerajaan di sini.

Sharif Hardi Roman Sh Miasin mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim mahkamah seksyen Azreena Aziz melalui Zoom hari ini.

Lelaki berusia 34 tahun itu didakwa melakukan seks oral terhadap budak lelaki itu di tandas VVIP di bangunan Jabatan Pendaftaran Negara di sini pada 4.40 petang, 4 Jan lepas.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Azreena menetapkan pengurusan kes pada 17 Feb. Mahkamah turut membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin tempatan.


Sharif, yang tidak diwakili peguam, akan ditahan reman sekiranya gagal menjelaskan jumlah tersebut.

Tertuduh diarah melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan dan tidak mengganggu saksi. Dia juga dikehendaki menyerahkan pasportnya sehingga kes itu dilupuskan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan.

 

(Visited 335 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button