JenayahNasional

Guan Eng tiba di pejabat SPRM

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sekitar pukul 1.05 petang, hari ini.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan tiba di sana bersama peguam, Gobind Singh dan RSN Rayer.

Kehadirannya ke pejabat SPRM dipercayai bagi memberi keterangan berkenaan dengan projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), selain Guan Eng, beberapa pemimpin negeri dan bekas dipanggil SPRM bagi diambil keterangan berkaitan projek tersebut.

Terdahulu, ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng menyatakan komitmen untuk membina terowong dasar laut.

BACA > Berbaloi ke gubal perlembagaan Warisan untuk Tun Mahathir? — Suara Merdeka

Projek tersebut dikata akan menghubungkan dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Ia merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Bagaimanapun, projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu dilanda kontroversi apabila dikatakan mempunyai elemen rasuah yang disembunyikan.

Antaranya wujud pertikaian apabila projek tersebut didakwa menelan belanja sehingga RM6 bilion bagi peringkat kajian sahaja.

Pendedahan itu dilakukan oleh blogger, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa mendapat dokumen daripada pihak SPRM mengenai projek tersebut.

Susulan itu, Guan Eng ketika menjadi Menteri Kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak menfailkan saman terhadap Raja Petra kerana menfitnahnya.

Sebelum itu pada 2017 SPRM menerima laporan daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) serta bukti berhubung projek terowong tersebut.

Hal demikian menyebabkan SPRM menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

BACA > Cubaan seludup minyak masak, petrol gagal — Suara Merdeka

Serbuan turut dilakukan di pejabat syarikat pemaju yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut.

Namun pada Januari 2018, tiada arahan pemberhentian dikeluarkan oleh Kerajaan Pulau Pinang

Justeru, projek tersebut didakwa tetap diteruskan walaupun sedang disiasat SPRM.

Menurut Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan ketika itu membuat laporan bagi menyiasat jika terdapat unsur peniputan atau penyelewengan dalam pembidaanya

Pada Ogos tahun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan status projek pembinaan terowong berkenaan di peringkat 90 peratus penelitian.

Katanya, draf laporan itu diperiksa oleh jurutera perunding bebas, HSS Engineers Berhad.

Bagaimanapun, sebelum itu terdapat dakwaan mengatakan siasatan terhadap projek tersebut dihentikan oleh SPRM apabila PH menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun perkara tersebut dinafikan SPRM dalam satu kenyataan yang mendakwa mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Sementara itu, awal bulan ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, memaklumkan siasatan ke atas projek mega itu dijangka selesai dua hingga tiga minggu lagi.

Beliau memaklumkan seramai 32 orang dipanggil dan diambil keterangan. Dalam pada itu, mereka memaklumkan akan memanggil 10-15 orang lagi.

BACA > Isu terowong: Guan Eng sepatutnya saman saya dan Ka Siong  — Suara Merdeka

Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan setakat ini dana tiga syarikat diserbu dalam siasatan ke atas projek itu. – SM

 

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button