JenayahNasional

Polis tahan dua wanita jadi keldai akaun pelaburan kripto

Polis menahan dua wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pelaburan kripto tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM450,000 baru-baru ini.

Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata kedua-dua wanita berusia 22 tahun itu ditahan di Kota Damansara, Selangor Selasa lalu selepas siasatan awal mendapati mereka dipercayai memberikan kad bank kepada individu lain untuk kegunaan jenayah.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun yang merupakan pemilik restoran makanan Jepun telah membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam 10 akaun yang berbeza termasuk milik dua wanita itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata polis turut menahan seorang wanita warga emas disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pembelian kereta tidak wujud menerusi Facebook.

Kamarul Rizal berkata, kes membabitkan wanita berusia 70 tahun itu yang ditahan Selasa lepas melibatkan kerugian kira-kira RM29,000.

“Sindiket itu memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta tidak wujud melalui Facebook dan mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM29,160 ke dalam beberapa akaun bank setelah bersetuju membeli kereta import jenis Audi,” katanya. – SM

BACA Samun bersenjata, dua termasuk wanita ditahan

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button