Luar Negara

Covid-19: Sepanyol kembali wajibkan pemakaian pelitup muka di hospital, pusat kesihatan mulai Rabu

KEMENTERIAN Kesihatan Sepanyol sekali lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua hospital dan pusat penjagaan kesihatan di negara berkenaan bermula Rabu.

Arahan itu dikeluarkan selepas mesyuarat antara Kementerian Kesihatan dan wakil wilayah yang mengawal sistem kesihatan masing-masing.

Sepanyol yang sebelum ini teruk terjejas akibat gelombang pertama Covid-19 pada 2020, sudah beberapa hari mempertimbangkan langkah itu akibat penularan wabak selesema.

Bagaimanapun, terdapat beberapa wilayah yang tidak bersetuju dengan arahan tersebut.

Ketika mengeluarkan arahan itu, Menteri Kesihatan, Monica Garcia menarik perhatian bahawa sistem kesihatan negara itu telah mendapat pengajaran sejak pandemik Covid-19 bermula, tiga tahun lepas.

Katanya, kerajaan memikirkan bahawa isu berkenaan perlu ditangani sebaiknya dan ia adalah tentang isu pelitup muka untuk melindungi pesakit dan petugas di semua pusat kesihatan dan hospital.

Beliau menambah, pemakaian pelitup muka adalah langkah yang efektif dan disokong dengan bukti saintifik yang diterima dalam populasi global.

Wilayah timur Valencia dan Catalonia pada Jumaat berkata mereka akan turut mengarahkan pekerja kesihatan dan pesakit memakai topeng pelitup muka.

Sejak beberapa hari lalu, doktor di Sepanyol memberi amaran berkenaan lonjakan jumlah kes selesema, selain Covid-19 dan virus yang mengganggu sistem pernafasan. – SM

Artikel berkaitan > Tidak perlu disembunyikan lagi, Covid-19 meningkat kembali di AS

 

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button