Nasional

Raja Perlis terima mengadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap hormat dan bertukar pandangan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia, Nga Kor Ming di Kangar.

Berangkat mengiringi Baginda adalah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah PlanMalaysia, Datuk Dr Alias Rameli, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman.

Nga Kor Ming dan delegasinya berada di Perlis sempena Program Sentuhan Kasih 2024 di Negeri Perlis bersempena Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Perlis 2024 yang diadakan di Kangar ‘Street Art’.

Menteri KPKT itu turut mengadakan lawatan ke destinasi pelancongan Program Transformasi DiRaja Kampung Nelayam Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis, kerja-Kerja meroboh dan membina semula 6 unit gerai di Pasar Borong Sena, dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sena.

Dalam majlis mengadap tersebut Nga mempersembahkan taklimat mengenai Kad Laporan KPKT 2023 kepada Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda. Beliau komited bahawa agensi-agensi di bawah kementeriannya termasuklah yang berada di Perlis akan memastikan mereka ‘facilitate’ dan bukan ‘frustrate’ rakyat dengan segala urusannya demi untuk kebaikan, kesejahteraan dan pembangunan negara.

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button