Nasional

Sindiket cop sempadan: SPRM buru dua lelaki

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Lelaki pertama, Yuen Hon Loong, 49, mempunyai dua alamat terakhir di No. 27 Jalan Kota 12 Taman Kota 83700 Yong Peng, Johor dan No 13A Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Manakala lelaki kedua, Teo Hun Siang, 36, mempunyai tiga alamat terakhir di 3-2 Residensi Sultan Ismail No 12 Jalan Sultan Ismail 50250, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No. 803, Pekan Baru Juasseh 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan 77-19-3A Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, 50150 Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 / 03-8870 0512 atau e-mel ke alamat [email protected].

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 46 individu ditahan dan 27 daripadanya ialah pegawai Imigresen selepas terlibat dengan sindiket pemalsuan cop keluar dan masuk sempadan negara.

Difahamkan, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 46 tahun ditahan di sekitar Putrajaya, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching menerusi Operasi Selat.

Selain 27 pegawai Imigresen, turut ditahan ialah 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam yang dipercayai memainkan peranan sebagai orang tengah. -SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button