Nasionalpilihan

Peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia.

Ini dibuktikan apabila Maritim Malaysia telah menerima permohonan pertemuan bilateral daripada deligasi tentera dan agensi penguat kuasa luar negara seperti Turkiye, India, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Filipina serta wakil kedutaan Ukraine di Malaysia, Mykhailiuk Denys sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula semalam.

Pertemuan Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dengan Timbalan Komander Pusat Pemerintahan Bekalan dan IT, Kementerian Pertahanan Belanda, Major General Ludy Schmidt

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pihak Maritim Malaysia telah berkongsi peranan penting yang dimainkan oleh Agensi ini dalam menjaga kedaulatan perairan negara serta amalan terbaik dalam penguatkuasaan selain memperkasakan kerjasama serantau khususnya di sempadan maritim negara.

Tambah beliau, dalam pertemuan tersebut Maritim Malaysia menegaskan komitmen mereka untuk memastikan kawalan sempadan maritim yang cekap dan efektif.

Pertemuan Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dengan wakil dari Singapura

Ujarnya lagi, ini membuktikan keupayaan Maritim Malaysia untuk bergerak seiring dengan perkembangan global dan menangani cabaran semasa dalam domain maritim.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Komander Pusat Pemerintahan Bekalan dan IT, Kementerian Pertahanan Belanda, Major General Ludy Schmidt di sini hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim bersama wakil dari Turkiye

Menurut Datuk Saiful lagi, Maritim Malaysia juga diiktiraf atas usahanya dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan maritim dan kepentingan menjaga perairan negara serta laluan perdagangan antarabangsa seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Melalui pengiktirafan ini, secara tidak langsung ia telah memberi dorongan kepada para pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan mereka dalam memelihara keselamatan maritim negara.

Perbincangan Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dengan wakil dari Ukraine

Selain pertemuan bilateral agensi penguat kuasa, Maritim Malaysia turut menerima kunjungan hormat dari pemain industri pertahanan dalam dan luar negara. – SM

Artikel berkaitan > Maritim Malaysia intai sistem dan senjata terkini sempena DSA & NATSEC 2024

(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button