Nasionalpilihan

Maritim Malaysia intai sistem dan senjata terkini sempena DSA & NATSEC 2024

PAMERAN Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) dari 6 hingga 9 Mei ini bakal menjadi medan penting kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi mengintai teknologi terkini yang boleh digunakan dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Antara yang menarik perhatian ialah teknologi terkini perkapalan, sistem elektronik, simulator, sistem senjata dan amunisi serta sistem teknologi marin terkini yang dipamerkan oleh syarikat-syarikat daripada negara pengeluar industri pertahanan dan keselamatan utama dunia seperti Turkiye, Amerika Syarikat, China, Korea Selatan serta banyak lagi.

Keupayaan sistem dan senjata terkini menarik perhatian Maritim Malaysia seiring fokus yang terkandung di dalam Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2023 – 2033 dalam memperkukuhkan penguatkuasaan undang- undang dan pemantapan kawalan keselamatan sempadan maritim.

Melalui penaiktarafan sistem dan persenjataan, Maritim Malaysia yakin akan mampu membanteras lebih banyak aktiviti jenayah maritim dengan kepelbagaian Modus Operandi yang semakin kompleks di mana ia mampu memberikan risiko kepada rakyat Malaysia khususnya komuniti maritim.

Pada masa yang sama, DSA dan NATSEC 2024 akan memberi peluang kepada para pegawai penguat kuasa Maritim Malaysia untuk melihat lebih dekat produk yang dipamerkan serta meneliti kesesuaian dengan pengoperasian Agensi ini.

Selain itu, pameran kali ini turut menjadi platform pertemuan bilateral antara Maritim Malaysia dengan agensi penguat kuasa maritim luar negara bagi membincangkan tentang Maritime Domain Awareness khususnya melalui non traditional security threats serta ancaman-ancaman terbaharu dalam bentuk keselamatan siber.

Ini berikutan terdapat kumpulan jenayah terancang kini semakin berani mempromosikan aktiviti mereka di platform media sosial seperti menyediakan perkhidmatan membawa masuk dan keluar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini. Ia juga turut melibatkan jenayah-jenayah kewangan yang dikhuatiri membiayai aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia seperti penyeludupan dan pemerdagangan orang.

Bukan itu sahaja, DSA dan NATSEC 2024 turut membuka ruang kepada para pegawai Maritim Malaysia untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat dengan rakan sejawat agensi penguat kuasa maritim luar negara sekali gus merapatkan hubungan strategik antara Agensi. – SM

Baca ini > Maritim Malaysia tampil konsep infotainment pamer kehebatan sempena DSA NATSEC 2024

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button