Nasionalpilihan

Maritim Malaysia tampil konsep infotainment pamer kehebatan sempena DSA NATSEC 2024

BERSEMPENA Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk penyertaan kali ke tiga bakal menampilkan konsep infotainment atau maklumat hibur pengoperasian Agensi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula 6 hingga 9 Mei nanti.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, melalui konsep ini pengunjung reruai Maritim Malaysia akan diberikan peluang untuk merasai pengalaman sebagai anggota penguat kuasa Agensi yang terlibat   dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan di atas bot seperti force boarding serta operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dari udara menggunakan kaedah winching melalui penggunaan Virtual Reality (VR).

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim ketika mengadakan tinjauan persiapan akhir reruai Maritim Malaysia di MiTEC hari ini.

Beliau turut berkata, sempena pameran kali ini Maritim Malaysia turut membawakan beberapa model kapal termasuk replika Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) iaitu Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah yang mula beroperasi pada awal tahun ini selain aset udara untuk dipertontonkan secara terus kepada pengunjung yang berada di MITEC.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan persiapan akhir reruai Maritim Malaysia di MiTEC hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Dalam pada itu Datuk Saiful turut menjangkakan reruai Maritim Malaysia bakal menarik perhatian pengunjung dengan penampilan pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dengan pakaian Army Combat Uniform (ICU) dan Black Multicam bersama-sama senjata jenis rifle HK 416, HK UMP dan pistol HK SFP9 SF di samping juruterbang pesawat Maritim Malaysia yang berpakaian lengkap untuk tugasan penerbangan serta pegawai Maritim Malaysia dalam pakaian lengkap untuk operasi di perairan negara.

Terdahulu beliau memaklumkan penyertaan Maritim Malaysia sempena DSA NATSEC 2024 adalah bagi mempamerkan keupayaan teknologi keselamatan Agensi serta kesiagaan Malaysia dalam aspek keselamatan maritim dan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), serta memberi peluang kepada organisasi untuk membina hubungan dengan organisasi lain dalam industri. – SM

 

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button