Alam Sekitar

Pelajar PTSS anjur program Nature Ride D’Perlis

SERAMAI 35 orang pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Acara melalui Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah berjaya menganjurkan Nature Ride D’Perlis (NRDP) 2024.

NRDP 2024 ini berkonsepkan sukan berbasikal dan alam semula jadi yang merangkumi dua kategori penyertaan iaitu kategori Kayuhan 30KM dan kategori Kayuhan 70KM.

Seramai 238 orang peserta termasuk penglibatan dari negara jiran, Indonesia telah memeriahkan lagi program ini yang mengetengahkan manfaat riadah untuk kesihatan dan kehijauan alam serta flora fauna sepanjang laluan kayuhan sehingga ke garis penamat.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Pengarah program Nature Ride D’Perlis 2024, Muhammad Syazzal Syaziry Ramlan Amir kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Penutup Nature Ride D’Perlis 2024 di Taman Buah-Buahan Eksotik, Sungai Batu Pahat, Perlis.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda diiringi oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC), Dr. Haji Mohd Zahari Ismail serta Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Abdul Malek Hassan.

Menurut Muhammad Syazzal Syaziry, ‘Kayuhan NRDP 2024 ini turut mendapat sambutan dengan penyertaan daripada ketua-ketua jabatan dan agensi negeri Perlis dalam sama-sama merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025’.

Setiap peserta akan mendapat buku ‘passport’ dan perlu mendapatkan cop di setiap ‘checkpoint’ yang telah ditetapkan sebagai tanda mereka berjaya dan berada di laluan trek yang betul.

Di akhir program Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian penutup Kayuhan NRDP 2024 dan pelepasan ‘flag offs’ bagi kategori 30km dan juga 70km.

(Visited 15 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button