Negeri

Raja Perempuan Perlis berkenan hadir majlis santap bersama PERKIM

Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan kali ke-44 di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Datuk Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merangkap Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan.

Matlamat penubuhan PERKIM adalah untuk menjaga kebajikan saudara baru yang mempunyai masalah berkaitan dengan keluarga asal mereka yang bukan Islam setelah mereka menganuti Islam dan setiap anggota khususnya Wanita PERKIM ini memastikan saudara baru Islam berada di landasan yang tepat.

Wanita PERKIM Kebangsaan memainkan peranan dalam mencurahkan matlamat bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam meningkatkan martabat wanita sebagai nadi pembangunan modal insan di Malaysia dan menuju ke tahap kecemerlangan negara.

Perancangan terkini Wanita PERKIM adalah untuk membantu pembangunan kehidupan wanita mualaf termasuklah meneroka pelbagai sektor seperti pertanian, keusahawanan, kaunseling dan beberapa bidang lain.

Tuanku Raja Perempuan Perlis turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan kali ke-44 sambil disaksikan oleh dif-dif lain yang hadir.

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button