Nasional

Aktiviti WoGos di Perlis penting untuk keselamatan sempadan negara

Aktiviti-aktiviti “WoGos” (Whole of Government, Whole of Society) di negeri Perlis adalah penting dan wajar dilaksanakan bagi memantapkan aspek pemeliharaan keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam salah satu teras Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 berkenaan pendekatan “Keselamatan Menyeluruh” atau ‘Comprehensive Security – ComSec’, di samping meningkatkan lagi hubungan kerjasama semua agensi di negeri Perlis tidak kira Kerajaan atau bukan-Kerajaan.

Negeri Perlis yang berada paling utara di Semenanjung Malaysia dan juga berkongsi sempadan dengan negara Thailand sentiasa menghadapi ancaman-ancaman bukan-tradisional seperti kegiatan penyeludupan barangan terkawal serta terlarang, aktiviti-aktiviti jenayah rentas sempadan dan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Dalam membanteras ancaman-ancaman bukan-tradisional ini, semua agensi perlu berganding bahu antara satu sama lain bersama rakyat agar pendekatan “Keselamatan Menyeluruh” (Comprehensive Security – ComSec) dapat direalisasikan dengan jayanya dan bukan semata-mata meletakkan tanggungjawab ‘keselamatan’ hanya kepada pasukan-pasukan bersenjata sahaja. Oleh itu, aktiviti-aktiviti WoGoS (Whole of Government, Whole of Society) perlulah kerap dilaksanakan bagi membina persefahaman dan kesepaduan yang jitu antara agensi Kerajaan, agensi bukan-Kerajaan dan rakyat jelata di negeri Perlis.

Demikian ucapan Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Haji Hashim sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga 30 Briged di Dewan Serbaguna, Markas 30 Briged, Bukit Cowder, Mata Air.

Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis tersebut dan keberangkatan tiba Baginda diiringi sama oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Infantri Briged ke-30 dengan tujuan meraikan dan mengeratkan silaturahim sesama anggota dan seluruh warga 30 Briged serta beramah mesra bersama Duli-Duli Tuanku.

Tuanku Raja Muda turut berkenan untuk menyempurnakan pengurniaan hadiah bagi gerai tercantik dan kategori persembahan terbaik kepada para pemenang.

Titah Tuanku Raja Muda selepas majlis tersebut, ‘Dalam konteks ini, latihan bersama antara agensi perlu dilaksanakan secara berkala dan memastikan pertahanan bersepadu dapat dilaksanakan melalui Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpangkalan di Bukit Keteri adalah platform terbaik bagi melatih anak watan Perlis bagi tujuan mempertahankan kedaulatan Negeri Perlis dari segala ancaman’.

Majlis pada petang itu turut diserikan lagi dengan 7 buah gerai yang menyediakan juadah makanan dan minuman hari raya bertemakan negeri-negeri di Malaysia dan persembahan Tarian Zapin, Dikir Barat, Tarian Canggung dan beberapa persembahan lain.

(Visited 92 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button