Nasional

Wanita rugi RM260,000 ditipu lelaki Tinder

Seorang jurutera mengalami kerugian RM261,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan kupon yang tidak wujud.

Timbalan Ketua Polis Johor Baru Utara, Fariz Ammar Abdullah berkata, wanita tempatan berusia 40 tahun itu membuat laporan polis pada Ahad dengan mendakwa dia telah ditipu selepas seorang lelaki yang ditemuinya di aplikasi Tinder Julai lalu memperkenalkannya kepada skim pelaburan kupon.

“Kupon itu dijual oleh individu yang telah berjanji kepada wanita itu bahawa dia akan mendapat pulangan sebanyak 5% dalam tempoh 30 minit selepas pembayaran dibuat.

“Mangsa didapati melakukan 17 transaksi dalam talian untuk memindahkan dana ke dalam akaun bank yang diberikan lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa menyedari ditipu apabila tidak dapat menghubungi lelaki itu selepas pautan laman web yang diberikan lelaki itu yang didakwa menunjukkan keuntungan yang diperoleh tidak dapat diakses.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila berurusan dengan orang yang tidak dikenali dalam talian atau ketika melakukan transaksi melibatkan jumlah dana yang besar.

 

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button