NasionalPendidikan

Pensyarah UPSI ajar banduan juvenile di penjara


UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menjalankan program Diploma Keusahawanan dalam penjara bagi pesalah-pesalah juvenile yang harus diberikan peluang kedua dalam pendidikan.

Program dua tahun ini dijalankan di Penjara Simpang Renggam yang mana kelompok pelajar pertamat baharu sahaja menamatkan sesi akademik semester pertama.

Para pensyarah pergi ke penjara untuk mengajar para pelajar seramai kira-kira 20 orang.

Demikian kata Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ketika berucap pada Majlis Apresiasi Media Bersama UPSI, malam ini.

Beliau seterusnya berkata, pihak UPSI juga diberikan amanah oleh Timbalan Perdana Menteri untuk memartabatkan pendidikan tahfiz.

“UPSI juga diamanahkan untuk menjalankan penyelidikan bagi membina modul untuk dilaksanakan di sekolah untuk anak-anak pelarian di Sabah dan Sarawak.

“Ini antara amanah yang dipikul bagi memastikan pendidikan di Malaysia terus mekar,” katanya

Terdahulu, Majlis Apresiasi Media Bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dihadiri oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff diadakan bagi menghargai jasa pihak media dalam dan luar UPSI dapat sambutan masyarakat.

Pada majlis malam ini yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Dr Md Amin turut memperkenalkan Timbalan-Timbalan dan team Bahagian Komunikasi Korporat yang telah menjayakan lebih 100 program.

Dari fakulti- falkulti turut diperkenalkan kepada wakil media yang hadir antaranya
Fakulti Multimedia, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Bahasa, Fakulti Komunikasi, Sains Sukan dan Kejurulatihan.

“Kita akan cuba tambah lagi atlet negara selain daripada memantapkan lagi pelbagai bidang yang diletakkan di bawah fakulti-fakulti berkenaan,” katanya dalam ucapan secara spontan dan santai.

Walaupun majlis yang santai tetapi membawa jalinan ukhwah di antara pihak UPSI dengan para pengamal media.

“UPSI adalah pusat pendidikan yang paling kaya.

“Kita ada empat kolam renang, tiga di pusat sukan dan satu di hotel,” katanya yang disulami dengan jenaka.

Beliau berkata, bengkel yang diadakan tiga hari dua malam ini adalah untuk dimanfaatkan apabila Apresiasi Media diatur oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

“Media adalah antara insan paling berpengaruh di dunia.

“Dominasi di dunia digital, media membentuk minda masyarakat dan persepsi dihebahkan.

“Pada tahun 2022, terdapat 3,742 artikel berkaitan dengan UPSI dalam media.

“292 acara universiti dihebahkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Oleh itu kita kukuhkan hubungan dengan media, belajar apakah trend, approach dan isu terkini agar UPSI tidak ketinggalan,” ujar beliau.

Beliau turut mengingatkan warga UPSI jika ada satu berita yang kurang manis maka runtuhlah kita.

Sehubungan itu, katanya, dalam capaian media sosial UPSI tidak boleh ketinggalan termasuklah capaian di peringkat global. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button