Nasional

Covid-19: 368 ditahan langgar PKP

HARI ini seramai 309 individu direman daripada 368 yang ditahan akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Kesemua individu itu ditahan dalam operasi sekatan jalan raya dan rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sementara 59 daripada mereka dijamin.

[BACA] COVID-19: KKM berjaya sembuhkan lebih 1,000 orang — Suara Merdeka
[BACA] 551 pusat kuarantin diwartakan kerajaan – Ismail Sabri — Suara Merdeka

Bagaimanapun, angka tersebut menurun sebanyak 11 peratus berbanding 413 jumlah individu ditangkap semalam.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia mengadakan 745 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 331,839 kenderaan.

“Sebanyak 25,554 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dan sebanyak 4,399 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Kita telah masuk minggu ke-3 PKP. Tetapi masih terdapat segelintir masyarakat yang tetap berdegil dan akan membahayakan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKP
POLIS Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bekerjasama mengadakan sekatan jalan raya memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang jangkitan Covid-19. – Gambar ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
[BACA] Covid-19: Bebaskan banduan – Kit Siang — Suara Merdeka

Dalam pada itu, bagi memastikan keberkesanan PKP beliau turut memaklum ATM menggunakan dron untuk memantau kawasan tertentu.

“ATM juga menggunakan dron bagi membantu pihak polis untuk memantau di kawasan tertentu.

“Saya ingin meminta orang ramai supaya memberi kerjasama kepada PDRM dalam pematuhan PKP.
“Terdapat insiden di mana segelintir individu yang bukan sahaja mengingkari PKP bahkan menghalang tugas pihak berkuasa,” tegasnya.

Dr. Noor Hisham
NOOR HISHAM ABDULLAH

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 179 jangkitan Koronavirus (Covid-19) baharu dan empat kematian pada hari ini.

Makluman itu menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 3,662 orang dan 61 jumlah kematian dicatatkan setakat petang ini. Namun, angka tersebut meningkat berbanding 150 kes semalam.

[BACA] Kerajaan digesa benarkan rakyat Malaysia kembali bekerja – Suara Merdeka
[BACA] Lima menteri Sarawak kena kuarantin — Suara Merdeka

Bagaimanapun, seramai 90 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit dibenarkan pulang adalah 1,005 orang. – SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button