Sukan

Pemain bola JDT Safiq Rahim pula hampir diserang

BARU-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan oleh dua pemain bola kebangsaan Akhyar Rashid diserang dan disamun manakala Faisal Halim pula disimbah asid, kini terbaru mengejutkan apabila bekas kapten pasukan kebangsaan Safiq Rahim pula diserang oleh 2 individu.

Menurut laporan polis yang disiarkan oleh Safiq melalui media sosialnya, Safiq diserang dengan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal ketika beliau berada di jalan Gelam menuju pantai Lido setelah selesai mengambil barang peribadinya di kereta bertempat di pusat latihan JDT.

Katanya, salah seorang daripada penyerang mengeluarkan tukul besi dan mengetuk cermin keretanya dari belakang.

Beliau kemudian menghentikan keretanya dan dua lelaki terbabit kemudian berhenti didepanya sambil menunjukkan tukul besi kepadanya.

Akibat takut beliau telah mengundurkan kereta dan dua lelaki berkenaan kemudiannya meninggalkan lokasi.
Serangan itu menyebabkan cermin belakang keretanya pecah. Safiq kemudian membuat laporan polis di balai polis Larkin jam 11.06 minitmalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat mengesahkan menerima laporan.

Artikle Berkaitan :>

Suspek kedua kes simbah asid ditahan,  Faisal Halim dikatakan kritikal

Pihak polis berjaya tahan suspek simbah asid pada Faisal Halim

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button